Home
Sejarah Sekolah
Sejarah SMAASZA

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu. Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti kepada masyarakat Islam Terengganu. Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.

Lagu Rasmi Sekolah
BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN
Bersama mencipta kegemilangan
Kita teruskan menggapai impian
Perkasakan jiwa dan juga rohani
Berakhlak mulia dan berintegriti
Melahirkan warga berilmu
Jiwa beriman beramal bakti
Menjana individu berkebolehan
Jati diri tinggi dan berwawasan
Marilah kita bersama
Berganding tangan
Menuju kecemerlangan
Membina masa hadapan
Kita tingkatkan usaha
Kita menggenggam cita
Demi SMAASZA Cemerlang
SMAASA Gemilang
SMAASZA Terbilang
Marilah kita bersama
Berganding tangan
Menuju kecemrlangan
Membina masa hadapan
Kita tingkatkan usaha
Kita menggenggam cita
Demi SMAASZA Cemerlang
SMAASZA Gemilang
SMAASZA Terbilang






